Thursday, 6 September 2012

Lumrah orang miskin dipandang hina, orang kaya dipuja-puja..

Lumrah manusia menganggap yang tidak punya apa itu hina, tidak selayaknya.. Yang punya segalanya itu, di pandang tinggi, dihormati.. Yang dekat dengan diri dan lakunya terang-terangan itu tidak nampak ulahnya.. Tetapi kita yang tak punya apa ini sering dipersalahkan tak semena-mena.. Mungkin yang miskin tidak layak berada di kalangan yang kaya.. Jika si miskin berada di tengah-tengah golongan itu sekalipun, dia pasti merasa tidak sepatutnya.. Ah, lebaih baik beredar. Pasti itu yang terdetik di hati. Kenapa mereka yang kaya tidak pernah sedar, apa yang dibangunkannya hasil titik peluh si miskin. Si kaya duduk goyang kaki, si miskin mengusap peluh di dahi.. Mereka hanya tahu mengarah, tak pernah di arah. Si miskin pula terima arahan, lalu dikerah. Hormat itu tiada lagi. Bila orang miskin mencuri susu, wah cerita jahatnya si miskin bukan main. Tapi bila si kaya mencuri hak milik orang lain, semua tutup mulut. Kenapa? Kerana takut 'contact' hilang.. Itu lah beda kita yang miskin dengan mereka yang kaya. Tapi tak semua si kaya itu begitu, ada juga yang berhati mulia. Namun ramai juga si miskin tidak pernah berusaha. Jadi sebenarnya, kita semua sama sahaja. Bezanya hati yang ikhlas.. Bila manusia menyedari kesilapan mereka, itu adalah lebih baik dan lebih mulia dari yang terus berbuat kejahatan. Biarlah kita ini dijahati orang, jangan saja kita jahati mereka. Kerana di Sana nanti, belum tentu yang baik di balas Syurga, yang jahat di balas Neraka. 

No comments:

Post a Comment